Showing posts with label mrs tomato yang tulis ini post. Show all posts
Showing posts with label mrs tomato yang tulis ini post. Show all posts

Tanggungjawab lelaki mana yang lebih penting

Yang mana satu... melaksanakan tanggungjawap antara ibu bapa atau isteri dan anak-anak? Ada pepatah yang berbunyi, "Syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu, bermula daripada kelahiran kita hinggalah ketika menghembuskan nafas yang terakhir." Dalam erti kata yang mudah, ibu adalah segala-galanya.Seorang anak lelaki perlu mengutamakan kehendak seorang ibu berbanding kehendak seorang isteri dan anak-anak. Sebagai contoh, jika ibu menginginkan anak lelakinya pulang ke kampung berhari-raya bersama-sama dan pada masa yang sama, isteri kepada anak lelakinya juga menginginkan perkara yang sama, berhari raya bersama ibu dan bapanya di kampung, lelaki yang berada di dalam situasi seperti ini perlu mengutamakan kehendak si ibu. Kenapa? Kerana permintaan si ibu tidak menyalahi kehendak syarak dan syariat.
Melunaskan
Persoalannya, apakah kehendak si ibu yang menyalahi kehendak syariat? Banyak kes di mana suami gagal menjalankah kewajipan dan tanggungjawap sebagai seorang suami dan juga seorang ayah kerana mengikut kehendak ibu, bapa dan adik-beradik sendiri. Ada sesetengah kes, isteri terpaksa mengeluarkan duit hasil pendapatan sendiri semata-mata terpaksa membantu suami melunaskan kehendak dan keinginan keluarga mentua. Secara logiknya, kes-kes seperti ini tidak wajar berlaku jika setiap anak lelaki dan setiap ibu bapa serta sanak-saudara lainnya mengetahui had dan batasan kewajipan dan hak-hak mereka.Mungkin ada di kalangan kita yang kurang pasti, apakah perbezaan antara kewajipan dan hak. Kewajipan adalah tanggungjawap yang merupakan perkara-perkara yang perlu dilakukan bagi memenuhi hak seseorang. Sementara hak pula adalah perkara yang hanya boleh diperolehi apabila seseorang menjalankan kewajipan. Sebagai contoh, hak seorang isteri adalah kewajipan yang perlu dilakukan oleh seorang suami. Hak seorang ibu juga adalah kewajipan yang perlu dilakukan oleh seorang suami. Hak seorang ibu juga adalah kewajipan yang perlu dilakukan oleh seorang anak. Namun, bukan semua hak ibu adalah kewajipan anak-anak. Tampahan pula bagi anak lelaki yang sudah berumah-tangga. Kewajipan weorang anak lelaki adalah untuk menunaikan hak-hak isteri dan anak-anaknya terlebih dahulu, barulah kewajipan menunaikan hak seorang ibu. Kenapa? Kerana hak seorang ibu itu sewajarnya dipenuhi oleh suami si ibu iaitu bapa si anak. Jika suami si ibu tiada lagi atau tidak mampu, maka anak-anak lain yang tidak mempunyai kewajipan terhadap isteri dan anak-anaknya sendiri berkewajipan menunaikan hak ibu mereka.Bererti, walaupun seseorang itu adalah anak lelaki sulung atau tunggal dan telah berumah-tangga serta mempunyai anak-anak sendiri, lelaki ini mempunyai keutamaan untuk menunaikan hak-hak isteri dan anak-anaknya terlebih dahulu berbanding hak ibu bapanya atau adik-beradiknya yang lain.Perlu diingatkan juga, hak yang dimaksudkan adalah apa-apa perkara yang merupakan keperluan sahaja, bukan kemewahan atau kehendak yang melampau. Seorang suami berkewajipan menunaikan hak-hak yang patut dan wajar bagi seorang isteri dan anak-anak iaitu:
  • menyediakan makan minum yang berpatutan dan sederhana
  • menyediakan tempat tinggal yang sempurna, memadai dapat berlindung daripada panas matahari dan kebasahan hujan
  • menyediakan pakaian yang mampu menutup aurat
  • memberikan pendidikan yang dituntut oleh syariat yang merangkumi ilmu-ilmu fardu ain dan fardu kifayah
  • menyediakan kemudahan untuk isteri dan anak-anak mendapatkan rawatan jika mempunyai masalah kesihatan

Kemewahan

Bermaksud, walaupun seorang lelaki itu mempunyai harta yang tidak menafikan keupayaannya untuk memberikan kemewahan kepada isteri dan anak-anak dan dalam masa yang sama dia mempunyai ibu, bapa dan adik-adik yang juga memerlukan bantuannya untuk menjalani hidup yang sederhana tetapi lebih sempurna, maka di dalam situasi ini, lelaki tersebut wajar dan wajib membantu ibu, bapa dan adik-beradiknya yang memerlukan walaupun perlu mengenepikan tuntutan isteri kerana tuntutan sedemikian bukan lagi menjadi hak yang perlu tetapi adalah sesuatu yang melampau.Hakikatnya, setiap individu mempunyai hak dan kewajipan masing-masing. Hak seseorang juga adalah terbatas tertakluk kepada kepentingan dan keutamaan kewajipan seseorang. Lantas, jalan terbaik ialah bersikap bersedia menerima kesederhanaan, sanggup berkongsi dan bertoleransi.Kepada para isteri, ingatlah: suami anda adalah anak kepada seorang wanita, juga seperti anda yang akan menjadi mertua kepada seorang wanita lain bila tiba masanya nanti. Kepada para ibu, ingatlah: anak lelaki anda adalah suami kepada seorang wanita yang juga mempunyai hak sebagai seorang isteri sama seperti anda.Hormatilah hak orang lain, hak anda akan dihormati, insya Allah.

p/s : leh jadikan panduan....

happy nyer...

ada budak tu wat-wat lupe kita punya birthday...saje je nak sakitkan hati kita...tapi kita happy sangat-sangat sebab bila kite cakap..."awk lupe ek???"...sy dah dengar dah suara awak yang tengah tahan gelak nak gelakkan saya...gigit telinga baru tahu...saje je ek....

kan best kalau dekat...boleh ajak awak dating dengan sy...tengok wayang ke..salabrate dekat MCD ke...PIzzA ke....hehehehe...nak kek besowww....huk!huk!huk!...

sama-sama merajuk ke atau sama-sama sakit hati???

memang salah aku pun...mulut memang tak ada insuran...dah time tu nak marah sangat-sangat!!
jom baca cerita kita yang tak seberapa ni..luahan hati tau!!

sakit hati tau!!!kita bukan main lagi nak tanya pasal diri awak...tunggu nak masej..tunggu nak cal..bila masej main game..bila cal cakap nak tido...kite belom sempat tanya khabar awak..macam mana kije hari ni?..esok macam mana?...take carenya saya pada diri awak..awak pun take care jugak pada saya..awak tak tahu ke malam tu kita dah merajuk dengan awak??pagi tu awak call sy pun merajuk jugak dengan awak..tapi awak tak ade pun pujuk kita...tanya mis suzana ada...bagi le mornik kiss ke sejuk cikit hati sy..pggil sayang ke...awak gurau dengan kita..kita pun gurau jugak dengan awak...kenapalah susah sangat awak nak pujuk kita sekarang..awak pulak yang merajuk dengan saya...

saya tahu kata-kata saya dah buat awak tersinggung...kata-kata saya jugak dah buat mentaliti awak pada saya dah berubah...pendek kata kata-kata saya buat semuanya dah berubah...saya mintak maaf dengan awak..

sekarang ni dengan ape yang dah berlaku saya rasa baik saya mengalah je...saya mintak maaf kalau awak terasa..ye...saya ikut time lah nak ganggu awak...bila awak mesej baru saya akan balas..bila awak cal baru saya jawab cal awak...saya takut kalau saya ganggu awak lebih-lebih awak marah dengan saya...saya tahu saya salah dan patut pun kena hukum...saya takut kalau saya masej awak..awak sibuk awak x balas..nanti saya yang sakit hati...saya tak nak sakit hati lagi...so saya cuba belajar untuk faham awak lagi agar awak x sakit hati dengan saya...

saya hanya insan biasa....saya mintak maaf atas ape yang berlaku...

2,3 hari ni saya teringin nak cal awak..nak sembang dengan awak...tapi mengenangkan kata-kata awak buat saya terfikir balik...layakkah saya nak mengetahui tentang diri awak...walaupun hati saya teringin nak tahu...ape awak tengah buat...dah makan belom..sihatkah awak..ceriakah awak..tapi semua tu terpaksa saya pendam..takot orang x nak layan kita...yelah saya kan jahat..walaupun rindu saya pada awak berada pada tahap cipan....saya teringin nak cal..nak dengar suara awak..nak dengar awak gelak...saya takut kalau saya cal awak tengah sibuk..nantikan tak pasal-pasal awak marah saya lagi...so...saya tepaksa jugak pendam perasaan rindu saya dengan awak...

saya tahu saya buat silap...saya mintak maaf dengan awak...saya sayang awak...saya rindu dengan awk...

first time

tiba-tiba je ada orang lalu kat belakang tempat kita berniaga...pastu tiba-tiba je sibuk tanya harga rantai perak berapa satu...macam beriya2 je nak beli....huhuhuhu..ngada betul..

aku dengan muke x de mood terus mendongak memandang kearah muke yang bertanyakan rantai perak tu...eh!!macam kenal je mamat ni...sape ek! kat mana ek!...hah! farriz.....hehehe terus terkeluar dari mulut aku sepatah perkataan.."ngada" hahahaha....

pastu mamat tu terus tersengeh macam kerang busuk...barjet hensemlah tu...hehehe...x malu..

awak..thank's banyak-banyak tau..

mcd time n kedai bunga ala2 kebun bunga

pantai teluk gadong dungun

ada kije dekat dungun...sambil2 tu makan angin sekali kat pantai teluk gadong dungun terengganu.....cun gile pantainyer...biru air....

pose maut


kursus CIDB painting

pada 21-25 april baru2 ni wat kursus CIDB....mengecat le sangat...
with En adli cikgu panting

with nomy n liza


pose kat luar


muka x sabo nak balik


kije2 akhir

hari-hari yang berlalu

semalam my hubby demam...i paham u ok...tok sah le mintak maar dengan i sebab tak layan i sangat...i paham situasi u..jangan lupa makan ubat tau biar cepat sembuh...nasib baik anak kesayangan mak....leh gak manja2 dengan mak suruh jeram kepala dengan air...huhuhu

yang tak tahan nya sakit2 pun sanggup kerja lebih masa...huhuhu..tanggungjawab le sangat...kalau awak tu jatuh pengsan...semua orang risau tau...mak awak paling risau...yang kedua bos kilang awak tu risau...yang 3 baru saya rusau tau...hehehehe....kilang tu kalau tak ada awak alamatnya tak berjalanlah mesen...

hari ni u bagi virus pulak kat i...huhuhu...datang kerja pun sakit kepala...tapi sekarang dah ok...Alhamdulillah....

ape2 pun hope kita berdua sentiasa sihat dan dirahmati selalu....

tak puas hati sangat-sangat

waaaahhh...ada hati nampak nak carikan madu untuk i..

beria-ia ek nak cari madu untuk I

sebelum kahwin I nak sumpah U cepat kaya...sebab I nak kahwin cepat dengan U...hahahahaha

tapi selepas kahwin duit U semua duit I tau...duit I,tetap jadi duit I...lepas kahwin u tak boleh kaya dari I...harta semua atas nama I..termasuk handpon...and harta-harta yang dah lama semua I punya...U kena jadi pape tau...

and U kena miskin sebab U x boleh cari madu untuk I tau...tau..tau....

telifon baru

huhuhu.....
nyampah betul dengan dak ketiak bau cencaluk...

pakai handpon baru mau 1malaysia dia nak kecoh...

hahahaha
berbulu telinga I dengar pasal handpon barunya tu...tahu x???

kalau dapat isteri baru I tak tahu le sejauh mana mau dia hebohkan...

hahahahahaha

peristiwa 22 disember 2009

pagi tu kak sue dan abg megat baru je bertolak balik ke KL...aku ape lagi..terus memulakan hobi aku membuta di siang hari...dah best posing..mata lak baru nak ambik piling terlelap...dah dengar dah suara mak aku suruh aku masak..jam time tu nak dekat pukul 12 tgh hari dah...aku pun sound balik kat mak aku...."jap lagi mak...bagi time jap nak lending...kang masak leee.."

tak sempat mimpi ape-ape pun tel aku pulak yang berbunyi..mata tak buka pun aku main tekan je butang angkat phone tu..heloooo...terdengarlah suara merdu kat sebelah sane...helo kak na...ida rupenyer...sembang-sembang....diorang ajak aku g kuala terengganu kejap ada hal nak baiki printer..aku pun set jam g pukul 3..hajat dihati nak sambung landing balik kejap...takut terbalik lewat..aku pun gagahkan jugak bangun g masak cepat2..lepas masak aku uruskan diri...mandi kasi wangi2..uruskan nenek aku pulak..pukul 2..aku g le bandar bertiga..

sampai je mydin mall...terus je g terkam kedai printer tu..lepas campak je printer tu kat situ..kami g raund2 dulu kat situ panaskan mata tengok2 lap top.pastu..kami mulakan projek kami yang dah lama terpendam..sementara tunggu printer tu siap...kami g melalak dulu....akak tu cal cakap print tu dah siap kami pun turun...perut dah terlapar...kami pun g melantak dulu sebelum g ambil printer kat kedai tu....siap ambil printer tu...kita orang pun bergerak le ke giant...sebab nak beli barang...

dah bayar barang semua kami pun balik le...time kami balik tu jam dah menunjukkan pkl 7 lebih dah...dah magrib dah...

sampai je dekat durian guling adalah satu lori panjang keluar dari taman perumahan...aku terpaksalah folow lori tu...laju jugak le lori tu...sebab tak ada barang kat belakang...dalam 60,70 KM/Jam...aku memang dah penat ikut lori tu..last sekali aku berpeluang potong lori tu kat ajil...

time aku nak potong lori tu kereta mmg x ada kat depan...line clear..sampai je kat tengah perut lori tu baru nampak kereta kat arah bertentangan...mmg sempat aku masuk kalau lori tu slow...lori tu pun tengah laju..aku try juga pecut..last2 dapat gak aku masuk kat depan lori tu..dpt masuk pun takat-takat muat jer..tengah speed laju-laju potong lori yang tengah laju jugak tu..kereta kat depan aku break mengejut pulak sebab dia nak masuk sebelah kanan..pastu lambat bagi signal...aku pun terpaksa membreak agak mengejut jugak sampaikan lori tu bagi api tinggi pada aku..tengah aku membreak tu aku try cari ruang untuk elak dari langgar kereta hadapan..dalam masa yang sama aku try mencelah untuk mengelak daripada lori kat belakang aku yang tak sempat nak break dari langgar aku..tiba-tiba kat tepi belah kiri aku ada motor...

jom skodeng lakaran yang aku buat tentang kejadian tu....

aku dapat masuk takat-takat muat je antara kereta depan dengan lori kat belakang...kereta depan break mengejut...sebab nak masuk ke kanan....aku tersepit kat tengah..kebetulan sebelah kiri aku ada motor...

aku break mengejut nak elak kereta kat depan aku..lori pulak bagi lampu tinggi n siap bbunyikan hon lagi sebab dia tengah laju n tak sempat nak break

last sekali aku terpaksa mencelah takat-takat muat antara kereta n motor...kalau tak kompem lori langgar aku dari belakang...aku pulak akan langgar kereta kat depan aku...huhuhu..alhamdulillah aku dan kawan-kawan terselamat...

lepas kejadian tu...aku je yang duk cerita kat dalam kereta tu...2 orang lagi member aku terdiam tak terkata apa...semuanya terkejut dengan situasi tadi...ape-ape pun peristiwa itu menjadi kenangan dalam hidup aku.....

P/S : pengajarannya....sekiranya anda duk kat belakang lori...jangan break mengejut...walaupun ada lubang kat hadapan...terjun jelah lubang tu..janji lori x langgar korang dari belakang...

malu-malu tapi mahu....kini baru kutahu...

jom skodeng gambar kat bawah.....hehehehe ada sape-sape nak tinggalkan comment silakan...hahahaha...gambar ni dirakam time lepas akad nikah...aku yang suruh kak sue dan abang megat wat macam tu...first tu....malu-maluuuuu.....hahahahaha...bile lagi nak buli diorang...hehehehe....

majlis persandingan kak sue and abang megat

hari persandingan.....

pengantin lelaki sampai lebih kurang pukul 12 lebih dekat pukul 1...huhuhu mak andamnya janji pukul 10.30 satu jam nunggu....penat...kan dah kena marah dengan aku..dah bila kena marah sibuk-sibuk g tanya parking kereta kat depan umah aku...ingat tugas aku ni jaga tempat letak kereta ke...aku geram sangat aku sound je....datang tengok sendiri...parking je kat mana-mana cepat sikit..aku banyak kije lagi nak kena buat...bukan jaga parking untuk engkau jer...sape suruh datang lambat...

dah le datang lambat pagi-pagi aku dah kena bangun kena g cari baju pengantin songket untuk perarakan...bengang betol dengan servis yang mak andam tu buat..baju yang nak dipakai oleh pengantin sikit pun tak di usik...siap bagi kuasa kat aku suruh oter baju pengantin tu....aku hangin satu badan rasanya bila ingat peristiwa tu..kang ikut marah nak jer aku bakar baju tu...baju perempuan dah le beso...lengan pulak labuh....baju laki lak tak leh nak masuk terus....bengang betol...bukan kami tak pergi ukur kat butik dia...kan nyusahkan aku....nasib baik aku ada kenal member yang kije kat butik pengantin gak...siap pergi ambil member aku kat umah dia lagi...nak cepat punya pasal takut tak ada baju...tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar...nasib baik baju sama color ada kat kedai member aku tu....dan baju tu betul-betul muat dengan kedua mempelai....dah lah malam tadi aku tido lewat sebab siapkan gubahan hantara akak aku tuh....tapi ada gak yang menguminnyer....putih tak naik seri...huhuhu...tak naik seri ke???aku tengok cantik je aku buat...hehehehe puji diri sendiri le pulak...hahahaha

jom skodeng gambar-gambar yang di snep oleh aku yang berbakat ni...hahahahahaha

menyambut kedatangan pihak lelaki...pengapit paling cun....hahahaha
mempelai disambut dengan pertunjukan silat.. majlis menepung tawar....direnjis-renjis dipilis...ditepungilah tawar....
my family...aku diapit oleh angah n adik aku...
family sebelah lelaki
hantaran buat pengantin perempuan
hantaran buat pengantin lelaki
click! click! click! ada bakat tak jadi photograper...hehehehe kek perkahwinan
adik beradik ayah
sepupu belah mak
member-member kak sue yang turut hadir...thanks kak sya..kak jue..kak ina..jiran tetangga yang datang membantu...separuh jer....separuh lagi sibuk wat kije

wedding off the year kak su and abang megat

Huhuhuhu penat tak terkira untuk menjayakan majlis nikah kahwin kak su dengan abang megat...banyak yang kena buat sendiri...g cari gula-gula..cari bungkusan..cari langsir..cari baju..jahit baju..cari barang nak wat hantaran..kena wat itu..kena wat ini...hahahahaha....tapi tiba di hari perkahwinan tiba-tiba je ada lak suara-suara yang nak mengomen dengan sesedap hati...apa yang kami buat semuanya tak memuaskan hati diorang....

ape kes nak kumen-kumen pasal majlis orang...ape salahnyer tolong-menolong....tapi dah orang bebel...kita wat bodoh jelah...hahahaha...macam si pengumen tu pulak yang nak naik pelaminnya...nasib baik aku tak invite si pengumin tu jadi perunding majlis perkahwinan akak aku...kalau tak...hampeh jer.....

tak puas hati tau...tau kumen jer yang orang lain punya...tolong tak reti???tolong kumen n marah jer yang reti ek...

ape-ape pun aku happy dengan majlis ini sebab berjalan dengan lancar sekali..hujan turun pun hanya sementara...tapi tak lah lebat...tetamu memang luar biasa ramainya...best sangat-sangat..thanks pada ayah sebab banyak buat kejutan pada kami pada hari bahagia kak sue...memang majlis tu amat meriah sekali...thanks juga pada jiran tetangga sebab banyak tolong kami sekeluarga...sediakan gulai daging yang best...

jom tengok gambo time akad nikah pada 4.12.2009 time lepas asar...

awek cun paling buzy....

hehehehe
mek up..
debaran tunggu untuk diijab kabul
sempat lagi posing
sebelum bergelar isteri orang

debaran bakal pengantin lelaki

jiran dan sanak saudara yang hadir memeriahkan majlis

hanya dengan sekali lafaz....alhamdulillah....sah! sah!

dah sah pun suami isteri

sarung cincin

posing! posing!

kak sue with mak tersayang

dah jadi isteri orang pun masih nak buli aku...huhuhu