Tanggungjawab lelaki mana yang lebih penting

Yang mana satu... melaksanakan tanggungjawap antara ibu bapa atau isteri dan anak-anak? Ada pepatah yang berbunyi, "Syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu, bermula daripada kelahiran kita hinggalah ketika menghembuskan nafas yang terakhir." Dalam erti kata yang mudah, ibu adalah segala-galanya.Seorang anak lelaki perlu mengutamakan kehendak seorang ibu berbanding kehendak seorang isteri dan anak-anak. Sebagai contoh, jika ibu menginginkan anak lelakinya pulang ke kampung berhari-raya bersama-sama dan pada masa yang sama, isteri kepada anak lelakinya juga menginginkan perkara yang sama, berhari raya bersama ibu dan bapanya di kampung, lelaki yang berada di dalam situasi seperti ini perlu mengutamakan kehendak si ibu. Kenapa? Kerana permintaan si ibu tidak menyalahi kehendak syarak dan syariat.
Melunaskan
Persoalannya, apakah kehendak si ibu yang menyalahi kehendak syariat? Banyak kes di mana suami gagal menjalankah kewajipan dan tanggungjawap sebagai seorang suami dan juga seorang ayah kerana mengikut kehendak ibu, bapa dan adik-beradik sendiri. Ada sesetengah kes, isteri terpaksa mengeluarkan duit hasil pendapatan sendiri semata-mata terpaksa membantu suami melunaskan kehendak dan keinginan keluarga mentua. Secara logiknya, kes-kes seperti ini tidak wajar berlaku jika setiap anak lelaki dan setiap ibu bapa serta sanak-saudara lainnya mengetahui had dan batasan kewajipan dan hak-hak mereka.Mungkin ada di kalangan kita yang kurang pasti, apakah perbezaan antara kewajipan dan hak. Kewajipan adalah tanggungjawap yang merupakan perkara-perkara yang perlu dilakukan bagi memenuhi hak seseorang. Sementara hak pula adalah perkara yang hanya boleh diperolehi apabila seseorang menjalankan kewajipan. Sebagai contoh, hak seorang isteri adalah kewajipan yang perlu dilakukan oleh seorang suami. Hak seorang ibu juga adalah kewajipan yang perlu dilakukan oleh seorang suami. Hak seorang ibu juga adalah kewajipan yang perlu dilakukan oleh seorang anak. Namun, bukan semua hak ibu adalah kewajipan anak-anak. Tampahan pula bagi anak lelaki yang sudah berumah-tangga. Kewajipan weorang anak lelaki adalah untuk menunaikan hak-hak isteri dan anak-anaknya terlebih dahulu, barulah kewajipan menunaikan hak seorang ibu. Kenapa? Kerana hak seorang ibu itu sewajarnya dipenuhi oleh suami si ibu iaitu bapa si anak. Jika suami si ibu tiada lagi atau tidak mampu, maka anak-anak lain yang tidak mempunyai kewajipan terhadap isteri dan anak-anaknya sendiri berkewajipan menunaikan hak ibu mereka.Bererti, walaupun seseorang itu adalah anak lelaki sulung atau tunggal dan telah berumah-tangga serta mempunyai anak-anak sendiri, lelaki ini mempunyai keutamaan untuk menunaikan hak-hak isteri dan anak-anaknya terlebih dahulu berbanding hak ibu bapanya atau adik-beradiknya yang lain.Perlu diingatkan juga, hak yang dimaksudkan adalah apa-apa perkara yang merupakan keperluan sahaja, bukan kemewahan atau kehendak yang melampau. Seorang suami berkewajipan menunaikan hak-hak yang patut dan wajar bagi seorang isteri dan anak-anak iaitu:
  • menyediakan makan minum yang berpatutan dan sederhana
  • menyediakan tempat tinggal yang sempurna, memadai dapat berlindung daripada panas matahari dan kebasahan hujan
  • menyediakan pakaian yang mampu menutup aurat
  • memberikan pendidikan yang dituntut oleh syariat yang merangkumi ilmu-ilmu fardu ain dan fardu kifayah
  • menyediakan kemudahan untuk isteri dan anak-anak mendapatkan rawatan jika mempunyai masalah kesihatan

Kemewahan

Bermaksud, walaupun seorang lelaki itu mempunyai harta yang tidak menafikan keupayaannya untuk memberikan kemewahan kepada isteri dan anak-anak dan dalam masa yang sama dia mempunyai ibu, bapa dan adik-adik yang juga memerlukan bantuannya untuk menjalani hidup yang sederhana tetapi lebih sempurna, maka di dalam situasi ini, lelaki tersebut wajar dan wajib membantu ibu, bapa dan adik-beradiknya yang memerlukan walaupun perlu mengenepikan tuntutan isteri kerana tuntutan sedemikian bukan lagi menjadi hak yang perlu tetapi adalah sesuatu yang melampau.Hakikatnya, setiap individu mempunyai hak dan kewajipan masing-masing. Hak seseorang juga adalah terbatas tertakluk kepada kepentingan dan keutamaan kewajipan seseorang. Lantas, jalan terbaik ialah bersikap bersedia menerima kesederhanaan, sanggup berkongsi dan bertoleransi.Kepada para isteri, ingatlah: suami anda adalah anak kepada seorang wanita, juga seperti anda yang akan menjadi mertua kepada seorang wanita lain bila tiba masanya nanti. Kepada para ibu, ingatlah: anak lelaki anda adalah suami kepada seorang wanita yang juga mempunyai hak sebagai seorang isteri sama seperti anda.Hormatilah hak orang lain, hak anda akan dihormati, insya Allah.

p/s : leh jadikan panduan....

happy nyer...

ada budak tu wat-wat lupe kita punya birthday...saje je nak sakitkan hati kita...tapi kita happy sangat-sangat sebab bila kite cakap..."awk lupe ek???"...sy dah dengar dah suara awak yang tengah tahan gelak nak gelakkan saya...gigit telinga baru tahu...saje je ek....

kan best kalau dekat...boleh ajak awak dating dengan sy...tengok wayang ke..salabrate dekat MCD ke...PIzzA ke....hehehehe...nak kek besowww....huk!huk!huk!...

sama-sama merajuk ke atau sama-sama sakit hati???

memang salah aku pun...mulut memang tak ada insuran...dah time tu nak marah sangat-sangat!!
jom baca cerita kita yang tak seberapa ni..luahan hati tau!!

sakit hati tau!!!kita bukan main lagi nak tanya pasal diri awak...tunggu nak masej..tunggu nak cal..bila masej main game..bila cal cakap nak tido...kite belom sempat tanya khabar awak..macam mana kije hari ni?..esok macam mana?...take carenya saya pada diri awak..awak pun take care jugak pada saya..awak tak tahu ke malam tu kita dah merajuk dengan awak??pagi tu awak call sy pun merajuk jugak dengan awak..tapi awak tak ade pun pujuk kita...tanya mis suzana ada...bagi le mornik kiss ke sejuk cikit hati sy..pggil sayang ke...awak gurau dengan kita..kita pun gurau jugak dengan awak...kenapalah susah sangat awak nak pujuk kita sekarang..awak pulak yang merajuk dengan saya...

saya tahu kata-kata saya dah buat awak tersinggung...kata-kata saya jugak dah buat mentaliti awak pada saya dah berubah...pendek kata kata-kata saya buat semuanya dah berubah...saya mintak maaf dengan awak..

sekarang ni dengan ape yang dah berlaku saya rasa baik saya mengalah je...saya mintak maaf kalau awak terasa..ye...saya ikut time lah nak ganggu awak...bila awak mesej baru saya akan balas..bila awak cal baru saya jawab cal awak...saya takut kalau saya ganggu awak lebih-lebih awak marah dengan saya...saya tahu saya salah dan patut pun kena hukum...saya takut kalau saya masej awak..awak sibuk awak x balas..nanti saya yang sakit hati...saya tak nak sakit hati lagi...so saya cuba belajar untuk faham awak lagi agar awak x sakit hati dengan saya...

saya hanya insan biasa....saya mintak maaf atas ape yang berlaku...

2,3 hari ni saya teringin nak cal awak..nak sembang dengan awak...tapi mengenangkan kata-kata awak buat saya terfikir balik...layakkah saya nak mengetahui tentang diri awak...walaupun hati saya teringin nak tahu...ape awak tengah buat...dah makan belom..sihatkah awak..ceriakah awak..tapi semua tu terpaksa saya pendam..takot orang x nak layan kita...yelah saya kan jahat..walaupun rindu saya pada awak berada pada tahap cipan....saya teringin nak cal..nak dengar suara awak..nak dengar awak gelak...saya takut kalau saya cal awak tengah sibuk..nantikan tak pasal-pasal awak marah saya lagi...so...saya tepaksa jugak pendam perasaan rindu saya dengan awak...

saya tahu saya buat silap...saya mintak maaf dengan awak...saya sayang awak...saya rindu dengan awk...

first time

tiba-tiba je ada orang lalu kat belakang tempat kita berniaga...pastu tiba-tiba je sibuk tanya harga rantai perak berapa satu...macam beriya2 je nak beli....huhuhuhu..ngada betul..

aku dengan muke x de mood terus mendongak memandang kearah muke yang bertanyakan rantai perak tu...eh!!macam kenal je mamat ni...sape ek! kat mana ek!...hah! farriz.....hehehe terus terkeluar dari mulut aku sepatah perkataan.."ngada" hahahaha....

pastu mamat tu terus tersengeh macam kerang busuk...barjet hensemlah tu...hehehe...x malu..

awak..thank's banyak-banyak tau..

mcd time n kedai bunga ala2 kebun bunga

perkelahan di belukar bukit...

perkelahan yang tak dirancang...pagi jumaat tu bangun je tidur aku dah ingat pesan mak aku...ada orang nak datang jalan2 hari ni...tapi tak pasti orang tu datang ke tak....aku dah sememangnya x mo berjumpa dengan orang itu...kerana aku tak mo ikut dia...jadi peneman dia...huhuhuhu...dah jadi macam fobia je nak meneman orang...mana taknya...bosan gile...
aku pun plan le kemana sahaja untuk membawakan diri tuk lari dari rumah hanya untuk sementara waktu...huhuhu
ape lagi...aku cal le jiran aku untuk merancang program kami untuk hari itu...hehehehe
pagi tu kami rancang nak pergi berkelah...dengan penuh semangatnya bilang menu ape yang kami nak bawak pergi berkelah...
1) ikan singgang
2)nasi putih
3)ikan gorang
4)ikan masin
5)sotong masak merah
menu utama :
budu...hehehehe
yang x puas hatinyer...menu utama leh tertinggal...huhuhu sedih gilerr...
ape2 pun kitaorang menjamu selera dengan penuh menyelerakan...lauk pauk nasi semua habis...
x tahan sotang masak merah aku tak cukup...huhuhu


mandi manda time
time ni kitaorang naik jap makan asam...huhuhu siap bawak mempelam lagi...best...



pantai teluk gadong dungun

ada kije dekat dungun...sambil2 tu makan angin sekali kat pantai teluk gadong dungun terengganu.....cun gile pantainyer...biru air....

pose maut


kursus CIDB painting

pada 21-25 april baru2 ni wat kursus CIDB....mengecat le sangat...
with En adli cikgu panting

with nomy n liza


pose kat luar


muka x sabo nak balik


kije2 akhir

hari-hari yang berlalu

semalam my hubby demam...i paham u ok...tok sah le mintak maar dengan i sebab tak layan i sangat...i paham situasi u..jangan lupa makan ubat tau biar cepat sembuh...nasib baik anak kesayangan mak....leh gak manja2 dengan mak suruh jeram kepala dengan air...huhuhu

yang tak tahan nya sakit2 pun sanggup kerja lebih masa...huhuhu..tanggungjawab le sangat...kalau awak tu jatuh pengsan...semua orang risau tau...mak awak paling risau...yang kedua bos kilang awak tu risau...yang 3 baru saya rusau tau...hehehehe....kilang tu kalau tak ada awak alamatnya tak berjalanlah mesen...

hari ni u bagi virus pulak kat i...huhuhu...datang kerja pun sakit kepala...tapi sekarang dah ok...Alhamdulillah....

ape2 pun hope kita berdua sentiasa sihat dan dirahmati selalu....

my family

mandi manda

tak puas hati sangat-sangat

waaaahhh...ada hati nampak nak carikan madu untuk i..

beria-ia ek nak cari madu untuk I

sebelum kahwin I nak sumpah U cepat kaya...sebab I nak kahwin cepat dengan U...hahahahaha

tapi selepas kahwin duit U semua duit I tau...duit I,tetap jadi duit I...lepas kahwin u tak boleh kaya dari I...harta semua atas nama I..termasuk handpon...and harta-harta yang dah lama semua I punya...U kena jadi pape tau...

and U kena miskin sebab U x boleh cari madu untuk I tau...tau..tau....

jeles la tue

huhuhuhu
jeles la 2 die x de
tp i x sbr nk tgu hp die yg 3g
harge 99ingt 2
x sbr tau tgu

klu dpt bini baru mau 1malaysia i kecoh
yg bdk ketik bau budu dpt madu....

padan mke die kene madu...

ala ckp i kecoh pulak
lu pun kecoh baru beli TUTTTT yg cap ayam nk kecoh
dh la TUTTT harge 2 ingt 1
i belikan 100 la utk u lg lak kaler pelangi tau
wawawawawawa

telifon baru

huhuhu.....
nyampah betul dengan dak ketiak bau cencaluk...

pakai handpon baru mau 1malaysia dia nak kecoh...

hahahaha
berbulu telinga I dengar pasal handpon barunya tu...tahu x???

kalau dapat isteri baru I tak tahu le sejauh mana mau dia hebohkan...

hahahahahaha

dugaan

cukup2 je usia percintaan kami 5 bulan x sangka kami di uji dengan dugaan yang begitu hebat bagi diri aku....hehehehe...aku sendiri pun tak tahu nak story macam mana..

Lawak x??ada sorang budak ni tergila2kan aku sampai sanggup pergi tunggu kat tempat aku belajar...sekarang ni aku buat praktikal untuk PUNB dekat kedai emas..hehehe belajar cara2 nak jadi tokey emas lah pulak....sampai aku nak duk kat depan kaunter pun naik menyampah sebabnya dia selalu duduk kat depan kedai sampai aku menyampah nak tengok muka dia...

tak tahannya hari-hari tunggu aku kat depan kedai..leh cakap mamat ni gila bayang le...aku dah cakap x nak kat dia..tapi x paham bahasa pun..tu yang buat hati aku ni panas jer...

sampai aku sendiri pun gaduh benda ni dengan Bf aku..aku sayang tau dengan Bf aku...of coz le sayang sangat-sangat...

I nak pohon maaf dengan U sebab sakitkan hati U....I tahu U sayang dengan I...kalau tak wat ape U marah dengan I macam orang gile bila dapat tahu hal ni....thanks atas segalanya....

thanks jugak atas jasa U and Your family because bagi I semangat untuk mencari kije yang lebih bagus untuk masa hadapan...I x kan sia-siakan ape yang U dah lakukan untuk I...thanks untuk semuanya...

P/s: doakan semoga hubungan kami ni berpanjangan..berbahagia selalu..dimurahkan rezki..di rahmati..di restui oleh semua pihak...amin..

usia oh usia

sape sangka buah cempedak dah bertukar jadi buah nagka...hehehe kini usia percintaan kami dah masuk empat bulan. macam-macam halangan yang kami dah tempuhi..walaupun kami belum bersua muka..tapi aku boleh cakap aku bersyukur dengan semua yang aku lalui pada hari ini..

bagi sesetengah orang cinta itu buta...sape yang nak mengiakan fakta ni... aku salah seorang yang percaya pada fakta ni sebab aku dah alaminya...aku sekarang ni tengah bercinta ala-ala cinta tak kenal paras rupa...tapi kami sentiasa berhubung membuatkan perasaan sayang tu wujud...orang cakap x kenal maka tak cinta.....of coz...tiap-tiap hari berhubung boleh membuatkan kita mengenali seseorang dengan lebih rapat kan...dari perhubungan maya pun kita boleh jatuh cinta kan....sape kata yang ada kat depan mata lebih selamat?????cakap?cakap???aku nak dengar jugak komen pasal ni...bagi aku cinta orang depan mata lebih menyakitkan...kalau suami tu lain le tdo pun satu katil...kalau pakwe???lepas tepon kita masih berkesempatan kan nak cal orang lain...betul ke salah???lebih kurang le dengan perhubungan jarak jauh...sekarang ni leh dikatakan macam tulah..tapi ada sesetengah leeee....

tapi aku bersyukur sangat sebab sekarang ni aku rasa bahagia dengan ape yang berlaku pada aku...yang lepas biarlah ia berlalu pergi...sekarang aku bina hidup baru..senang je nak sayang orang yang jauh dimata tapi dekat dihati....walaupun jauh beribu batu tiada halangan untuk kita dan pasangan saling jujur antara satu sama lain.....ni tip yang boleh membantu sap[e yang duk jaraknyer jauh beribu batu...hehehe
  1. saling percaya antara satu sama lain - tapi jangan percaya 100% kadang-kadang janganlah anda tertipu lak
  2. kesungguhan dalam perhubungan - kedua-dua pihak perlu tunjuk kesungguhan kalau sebelah je yang bersemangat, kalau sorang x bersemangat boleh membunuh semangat pasangan tau.
  3. saling berhubung - kat tempat-tempat mana pun korang pergi walaupun dalam lubang cacing sekali pun bila si dia cal tu jawablah...
  4. ucapan romantis - janganlah malu nak luah...cakap je..sekurang-kurangnya pasangan rasa lebih dihargai tau...
  5. saling tolak ansur - orang lelaki cepat panas baran..yang pempuan ni jangan le g cucuh api pulak..bawak le bersabar...biar di tunjuk dulu kemarahan dia tu...kita sabo...janganlah pulak sama naik..bila dia dah cool...time tu le elok terangkan perkara sebenar...
  6. mintak maaf - ni paling penting...x kan le nak tunggu raye baru reti nak mintak maappp....seeloknya mintak maaf time nak tdo...aman korang tutup mata..sebab dah x de salah dengan boypren n gelpren korang..
  7. terima kasih - jangan time dapat hadiah je ucap terima kasih...ape-ape yang pasangan anda lakukan ucaplah terima kasih walaupun benda tu tak seberapa...sekurang-kurangnya kembang le jugak hati pasangan anda tu....

dah le tipsnya....nak lagi???lu pikirlah sendiri....hahahahaha

semoga bahagia ekkkk

impian

setiap manusia mempunyai impian yang tersendiri..tak kira impian itu sama ada impian yang dah lama atau yang masih baru..yang pasti impian itu pasti tercapai suatu hari nanti..terlaksananya impian itu umpama satu mimpi indah dalam hidup kita..yang paling penting impian tersebut boleh menjadi kenangan yang tersangat-sangatlah indah dalam hidup kita.

impian...
aku dan dia pun ada impian...hehehe..perkenalan kami dalam masa yang singkat bukan halangan untuk kami membina impian kami..satu persatu impian tu kami bina bersama..bagaikan bermimpi di siang hari..bahagianya kurasakan..hehehe....apa-apa pun kami memang bahagia bersama..doakan kami agar sentiasa bahagia..dimurahkan rezki..sentiasa sihat..dirahmati selalu..direstui..Amin...

p/s :- my hubby...semoga impian yang kita bina akan tercapai suatu hari nanti dan ianya pasti menjadi kenangan paling indah dalam hidup kita...

gunting rambut dan sambut birthday