Tanggungjawab lelaki mana yang lebih penting

Yang mana satu... melaksanakan tanggungjawap antara ibu bapa atau isteri dan anak-anak? Ada pepatah yang berbunyi, "Syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu, bermula daripada kelahiran kita hinggalah ketika menghembuskan nafas yang terakhir." Dalam erti kata yang mudah, ibu adalah segala-galanya.Seorang anak lelaki perlu mengutamakan kehendak seorang ibu berbanding kehendak seorang isteri dan anak-anak. Sebagai contoh, jika ibu menginginkan anak lelakinya pulang ke kampung berhari-raya bersama-sama dan pada masa yang sama, isteri kepada anak lelakinya juga menginginkan perkara yang sama, berhari raya bersama ibu dan bapanya di kampung, lelaki yang berada di dalam situasi seperti ini perlu mengutamakan kehendak si ibu. Kenapa? Kerana permintaan si ibu tidak menyalahi kehendak syarak dan syariat.
Melunaskan
Persoalannya, apakah kehendak si ibu yang menyalahi kehendak syariat? Banyak kes di mana suami gagal menjalankah kewajipan dan tanggungjawap sebagai seorang suami dan juga seorang ayah kerana mengikut kehendak ibu, bapa dan adik-beradik sendiri. Ada sesetengah kes, isteri terpaksa mengeluarkan duit hasil pendapatan sendiri semata-mata terpaksa membantu suami melunaskan kehendak dan keinginan keluarga mentua. Secara logiknya, kes-kes seperti ini tidak wajar berlaku jika setiap anak lelaki dan setiap ibu bapa serta sanak-saudara lainnya mengetahui had dan batasan kewajipan dan hak-hak mereka.Mungkin ada di kalangan kita yang kurang pasti, apakah perbezaan antara kewajipan dan hak. Kewajipan adalah tanggungjawap yang merupakan perkara-perkara yang perlu dilakukan bagi memenuhi hak seseorang. Sementara hak pula adalah perkara yang hanya boleh diperolehi apabila seseorang menjalankan kewajipan. Sebagai contoh, hak seorang isteri adalah kewajipan yang perlu dilakukan oleh seorang suami. Hak seorang ibu juga adalah kewajipan yang perlu dilakukan oleh seorang suami. Hak seorang ibu juga adalah kewajipan yang perlu dilakukan oleh seorang anak. Namun, bukan semua hak ibu adalah kewajipan anak-anak. Tampahan pula bagi anak lelaki yang sudah berumah-tangga. Kewajipan weorang anak lelaki adalah untuk menunaikan hak-hak isteri dan anak-anaknya terlebih dahulu, barulah kewajipan menunaikan hak seorang ibu. Kenapa? Kerana hak seorang ibu itu sewajarnya dipenuhi oleh suami si ibu iaitu bapa si anak. Jika suami si ibu tiada lagi atau tidak mampu, maka anak-anak lain yang tidak mempunyai kewajipan terhadap isteri dan anak-anaknya sendiri berkewajipan menunaikan hak ibu mereka.Bererti, walaupun seseorang itu adalah anak lelaki sulung atau tunggal dan telah berumah-tangga serta mempunyai anak-anak sendiri, lelaki ini mempunyai keutamaan untuk menunaikan hak-hak isteri dan anak-anaknya terlebih dahulu berbanding hak ibu bapanya atau adik-beradiknya yang lain.Perlu diingatkan juga, hak yang dimaksudkan adalah apa-apa perkara yang merupakan keperluan sahaja, bukan kemewahan atau kehendak yang melampau. Seorang suami berkewajipan menunaikan hak-hak yang patut dan wajar bagi seorang isteri dan anak-anak iaitu:
  • menyediakan makan minum yang berpatutan dan sederhana
  • menyediakan tempat tinggal yang sempurna, memadai dapat berlindung daripada panas matahari dan kebasahan hujan
  • menyediakan pakaian yang mampu menutup aurat
  • memberikan pendidikan yang dituntut oleh syariat yang merangkumi ilmu-ilmu fardu ain dan fardu kifayah
  • menyediakan kemudahan untuk isteri dan anak-anak mendapatkan rawatan jika mempunyai masalah kesihatan

Kemewahan

Bermaksud, walaupun seorang lelaki itu mempunyai harta yang tidak menafikan keupayaannya untuk memberikan kemewahan kepada isteri dan anak-anak dan dalam masa yang sama dia mempunyai ibu, bapa dan adik-adik yang juga memerlukan bantuannya untuk menjalani hidup yang sederhana tetapi lebih sempurna, maka di dalam situasi ini, lelaki tersebut wajar dan wajib membantu ibu, bapa dan adik-beradiknya yang memerlukan walaupun perlu mengenepikan tuntutan isteri kerana tuntutan sedemikian bukan lagi menjadi hak yang perlu tetapi adalah sesuatu yang melampau.Hakikatnya, setiap individu mempunyai hak dan kewajipan masing-masing. Hak seseorang juga adalah terbatas tertakluk kepada kepentingan dan keutamaan kewajipan seseorang. Lantas, jalan terbaik ialah bersikap bersedia menerima kesederhanaan, sanggup berkongsi dan bertoleransi.Kepada para isteri, ingatlah: suami anda adalah anak kepada seorang wanita, juga seperti anda yang akan menjadi mertua kepada seorang wanita lain bila tiba masanya nanti. Kepada para ibu, ingatlah: anak lelaki anda adalah suami kepada seorang wanita yang juga mempunyai hak sebagai seorang isteri sama seperti anda.Hormatilah hak orang lain, hak anda akan dihormati, insya Allah.

p/s : leh jadikan panduan....

happy nyer...

ada budak tu wat-wat lupe kita punya birthday...saje je nak sakitkan hati kita...tapi kita happy sangat-sangat sebab bila kite cakap..."awk lupe ek???"...sy dah dengar dah suara awak yang tengah tahan gelak nak gelakkan saya...gigit telinga baru tahu...saje je ek....

kan best kalau dekat...boleh ajak awak dating dengan sy...tengok wayang ke..salabrate dekat MCD ke...PIzzA ke....hehehehe...nak kek besowww....huk!huk!huk!...

sama-sama merajuk ke atau sama-sama sakit hati???

memang salah aku pun...mulut memang tak ada insuran...dah time tu nak marah sangat-sangat!!
jom baca cerita kita yang tak seberapa ni..luahan hati tau!!

sakit hati tau!!!kita bukan main lagi nak tanya pasal diri awak...tunggu nak masej..tunggu nak cal..bila masej main game..bila cal cakap nak tido...kite belom sempat tanya khabar awak..macam mana kije hari ni?..esok macam mana?...take carenya saya pada diri awak..awak pun take care jugak pada saya..awak tak tahu ke malam tu kita dah merajuk dengan awak??pagi tu awak call sy pun merajuk jugak dengan awak..tapi awak tak ade pun pujuk kita...tanya mis suzana ada...bagi le mornik kiss ke sejuk cikit hati sy..pggil sayang ke...awak gurau dengan kita..kita pun gurau jugak dengan awak...kenapalah susah sangat awak nak pujuk kita sekarang..awak pulak yang merajuk dengan saya...

saya tahu kata-kata saya dah buat awak tersinggung...kata-kata saya jugak dah buat mentaliti awak pada saya dah berubah...pendek kata kata-kata saya buat semuanya dah berubah...saya mintak maaf dengan awak..

sekarang ni dengan ape yang dah berlaku saya rasa baik saya mengalah je...saya mintak maaf kalau awak terasa..ye...saya ikut time lah nak ganggu awak...bila awak mesej baru saya akan balas..bila awak cal baru saya jawab cal awak...saya takut kalau saya ganggu awak lebih-lebih awak marah dengan saya...saya tahu saya salah dan patut pun kena hukum...saya takut kalau saya masej awak..awak sibuk awak x balas..nanti saya yang sakit hati...saya tak nak sakit hati lagi...so saya cuba belajar untuk faham awak lagi agar awak x sakit hati dengan saya...

saya hanya insan biasa....saya mintak maaf atas ape yang berlaku...

2,3 hari ni saya teringin nak cal awak..nak sembang dengan awak...tapi mengenangkan kata-kata awak buat saya terfikir balik...layakkah saya nak mengetahui tentang diri awak...walaupun hati saya teringin nak tahu...ape awak tengah buat...dah makan belom..sihatkah awak..ceriakah awak..tapi semua tu terpaksa saya pendam..takot orang x nak layan kita...yelah saya kan jahat..walaupun rindu saya pada awak berada pada tahap cipan....saya teringin nak cal..nak dengar suara awak..nak dengar awak gelak...saya takut kalau saya cal awak tengah sibuk..nantikan tak pasal-pasal awak marah saya lagi...so...saya tepaksa jugak pendam perasaan rindu saya dengan awak...

saya tahu saya buat silap...saya mintak maaf dengan awak...saya sayang awak...saya rindu dengan awk...